Sunday 10 April 2016

JURNAL JUMAAT ( 8 APRIL 2016 )

Keletihan semalam masih belum hilang hilang.  Namun, Alhamdulillah  suara saya sudah semakin pulih semula.  Kegembiraan  semalam yang masih segar dalam ingatan dan fikiran hinggakan terkadang saya tersenyum sendiri mengingatkan semula persembahan saya yang sangat tidak diduga oleh saya sendiri.  Persembahan tersebut menjadi kenangan yang penuh bermakna buat saya.

            Bemula dengan kelas Fizik kemudian diikuti kelas Mathematic.  Ketika kelas Kimia pula, Cikgu Mad Nor sempat bergurau dengan saya dan rakan-rakan sekelas.  Beliau mengatakan bahawa persembahan saya telah membuatkan beliau berasa malu kerana geli melihatkan lenggokan badan saya yang dapat dilakukan dengan bersungguh-sungguh itu.  Belaiu menjelaskan juga beliau marah kerana beliau salah seorang daripada guru PERMATA.  Tetapi rupa-rupanya sebelum beliau keluar beliau sempat menyatakan kata-kata beliau tadi hanya gurauan seamata dan  beliau tidak sangka persembahan tersebut mendapat pujian yang hebat. Saya bangga kerana telah menjadikan persembahan pasukan ghazal saya menyerlah kali ini.
Pelajar lelaki telah diarahkan ke surau bagi bacaan Yasin. Setelah selesai, saya bergegas ke Dewan Makan untuk mengelakkan terlewat kerana jika terlewat saya terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk mendapat makanan.  Buat sementara waktu ini, kami tidak makan berhidang memandangkan menyukarkan pihak dewan makan kerana ketiadaaan air.  Setelah itu saya bergegas ke bilik menggosok untuk menggosok baju yang telah berkedut.  Saya mengambil kesempatan berehat sebentar di dalam bilik sebelum menunggu  bas untuk ke  masjid solat Jumaat.

Hari ini pelaja PERMATA  dibenarkan pulang bermalam kerana masalah air.  Sesampainya di masjid, saya duduk bersama Izwan di bahagian atas sebelah kiri.  Kerana keletihan yang amat sangat  walaupun telah berehat sebelum ke masjid tadi,rupa-rupanya saya terlelap juga di masjid. Izwan telah mengejutkan saya.  


Arahan daripada Prof. Rorlinda pelajar hanya dibenarkan pulang selepas pukul 5.00 petang.  Saya mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang memandangkan kelas sesi petang itu dibatalkan.Saya sempat tidur juga sebentar walaupun belum hampir mengemas.  Saya dibangunkan dengan bunyian talipon daripada ibu saya mengatakan beliau telah sampai di Kris Mas.  Saya segera bangun dan solat. Hampir pukul 6.00 petang, saya menginggalkan PERMATA untuk pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment