Monday, 5 May 2014

Jurnal - Ahad (4 Mei 2014)



 Seperti biasa bangun pagi saya solat dan ke dewan makan bersarapan.Saya pulang ke bilik dan mengambil buku Kimia.Saya cuba membuat latihan Kimia.Debaran menanti hari peperiksaan semakin terasa.Hati ini rasa risau.Tapi saya cuba tenangkan hati.Saya akan cuba buat yang termampu dan terbaik untuk peperiksaan kali ini.InsyaAllah.

Setelah penat membuat latihan Kimia, saya cuba untuk rehatkan minda.Saya turun bermain pingpong.Setelah itu, didalam bilik saya membaca cerpen yang telah ditugaskan oleh cikgu Mior. Ceritanya susah betul nak faham.Bosan juga membacanya, satu perenggan kadang-kadang ambil dua tiga kali saya mengulangnya hendak bagi faham.Sambil membaca saya terlelap rupa-rupanya.

Saya bangun dan buka laptop semula.Sambung cerpen semula.Mula faham sikit-sikit cerita.Tengok buku rujukan Bahasa Melayu SPM untuk fahamkan persoalan,pengajaran dan nilai.Seronok juga sebab dapat jadikan contoh ambil untuk tugasan saya.Sudah nampak cara hendak menyiap tugasan cerpen ini.

Pukul 4.00 petang, saya telah berjanji dengan abang Murthadza untuk mendapat bimbingannya untuk mengajar saya bahasa Jepun.Petang saya sempat bermain pingpong.Malam semasa prep saya cuba siapkan cerpen sedikit.Apabila bosan saya ulangkaji.Bosan lagi buat cerpen semula.Begitulah sehingga habis prep.

Masuk bilik,siapkan diri seperti biasa.Sambung sekejap buat cerpen.Malas dan mengantuk.Tutup laptop dan baring atas katil.Ambil buku Sejarah dan ulangkaji.Rasa mengantuk dan terlelap.

Teach thy tongue to say, “I do not know,” and thous shalt progress.

No comments:

Post a Comment