Wednesday, 7 May 2014

Jurnal - Isnin (5 Mei 2014)



 Hari ini seperti biasa bangun dan siapkan diri sebelum ke dewan makan bersarapan.Sebenarnya niat hendak berpuasa tapi terlajak tidur dan tidak dapat bersahur.Jadi saya turunlah ke dewan makan.Hari ini menunya nasi goreng.

Seperti biasa sebelum ke kelas, kami ke perhimpunan pagi.Dr.Arif telah memaklumkan kepada kami hujung minggu ini kemungkinan dua hari tiada elektrik.Saya berharap kami dibenarkan pulang dan bolehlah saya belajar nanti di rumaah dengan kakak.Setelah perhimpunan,kami ke kelas Self Development.Hari ini kami diminta memilih bangsa yang kami suka.Saya telah memilih bangsa Melayu.Kami diberi tugasan untuk mendapatkan perayaan,adat resam,makanan,pakaian,bahasa dan perkahwinan bagi bangsa yang dipilih.

Setelah habis waktu rehat kami ke kelas English tetapi saya diberitahu cikgu tak ada.Waktu bahasa Melayu pun cikgu tak ada.Saya ingat nak tunjuk cikgu novel yang saya dah siapkan tapi tak apalah sebab yang penting dah siap dan saya nak masukkan dalam blog.Seronok satu tugasan dah siap jadi tinggal cerpen sahaja belum.Saya sudah berniat untuk siapkannya sebelum hari Rabu atau Khamis kerana tinggal lagi sedikit sahaja iaitu gaya bahasa dan plot.Saya telah menelofon Cikgu Mior dan rupa-rupanya kena buat dua-dua bahagian itu.Sebenarnya hati ini begitu risau dengan tugasan yang belum disiapkan.Jadi saya tak boleh tangguh kerja lagi.Peperiksaan pula semakin hampir.Saya berharap agar cikgu Mior baik hati dapat menangguhkan jurnal kami minggu ini dan sambung minggu lepas periksa.Tapi itu harapan sahaja.Jadi kenalah buat.

Malam ini adalah malam yang saya tunggu-tunggu.Malam ini setelah habis prep, masukk bilik sambung buat junal.Saya menunggu pukul 12.00malam untuk pergi melihat meteor shower di sebelah kafeteria bersama rakan-rakan yang lain.Hampir pukul 1.30 pagi saya tunggu tapi kecewa sebab awan tebal.Jadi tidaklah nampak.Saya balik bilik dan sebelum tidur saya siapkan bahan untuk saya bersahur supaya saya tidak lewat seperti pagi tadi dan terlepas bersahur.Saya akan bersahur dengan roti yang dibeli di koperasi dan air horlick.Sebelum saya tidur saya set jam pukul 5.00pagi untuk bersahur.


When one door of happiness closes, another opens, but often we look so long at the closed door that we do not see the one that has been opened for us.

No comments:

Post a Comment