Thursday, 8 May 2014

Jurnal - Khamis (8 mei 2014)



Hari ini setelah mandi, solat, makan dan mengemaskan diri saya bersiap untuk ke dewan makan dan ke perhimpunan.Waktu pertama untuk hari ini ialah Agama Islam.Kemudian disambung dengan Sejarah.Beberapa orang rakan yang belum membuat perbentangan menyampaikan perbentangan mereka.

Waktu tengah hari,apabila pulang dari kelas saya mengambil pulang untuk tidur kerana terlalu penat.Saya bangun hampir pukul 4.00 petang sebelum kelas Jepun bermula.Sebelum pergi saya membuka laptop sebentar untuk menyiapkan tugasan cerpen sedikit lagi.Saya harap hari ini saya dapat menyiapkannya.Saya ke makmal komputer untuk ke kelas Jepun.Saya dimaklumkan Cikgu  Sensei tiada dan kelas dibatalkan dan ditangguhkan esok.

Saya pulang semula ke asrama dan menyiapkan tugasan Kimia.Kemudian saya dan rakan saya, Hafiz ke kelas prep untuk mengulangkaji pelajaran.Setelah solat Isyak seperti biasa saya ke kelas prep.Malam ini tumpuan saya adalah menyiapkan tugasan Kimia.

Setelah balik ke asrama, dan membersihkan diri, saya menyemak semula tugasan cerpen.Saya mesti mesti menyiapkan dan memasukkan ke dalam blog malam ini juga.Saya tidak mahu menangguhkannya lagi.Setelah itu, saya membuat ulangkaji Sejarah kerana esok kami ada ujian.Malam ini memang terlalu penat kerana terpaksa menyiapkan banyak tugasan termasuklah jurnal hari ini jadi saya telah tidur lewat hampir pukul 1.00pagi.


Too many of us are not living our dreams because we are living our fears.

No comments:

Post a Comment