Thursday 8 May 2014

Jurnal - Rabu (7 Mei 2014)



Seperti biasa saya akan dikejutkan oleh jam loceng atau deringan telefon bimbit.Saya cuba untuk mengulangkaji.Seperti biasa juga mata ini akan mengantuk dan saya terlelap.Apbila bangun saya lihat jam hampir pukul 7.10pagi.Kelam kabut saya bersiap.Baik saya sudah solat dan mandi sebelum terlelap semula tadi.Saya bergegas ke dewan makan dan setelah itu ke perhimpunan dan ke kelas.

Pagi ini waktu pertama ialah elektif.Saya telah pergi ke makmal komputer dan menyiapkan tugasan biologi.Sewaktu kelas Kimia kami mengulangkaji pelajaran dengan cikgu.Hari ini tinggal berapa hari sahaja lagi peperiksaan.Jadi kebanyakan kelas kami bersama guru membuat ulangkaji untuk peperiksaan.

Balik kelas petang, saya masuk ke bilik untuk mengulangkaji biologi kerana malam ini semua foundation akan menduduki ujian ini.Pukul 8.30malam kami semua menduduki ujian biologi dalam masa 30 minit.Setelah itu, kami ke kelas prep semula.Malam ini saya mengulangkaji dan membuat tugasan biologi yang diberi oleh cikgu sebelum tidur.



         If you’re offered a seat on a rocket ship, don’t ask what seat! Just get on.

No comments:

Post a Comment