Hari ini
seperti biasa,kami bersekolah semula.Saya bangun pukul 6.30 pagi.Setelah saya
solat, saya ke dewan makan.Saya bersiap-siap untuk ke perhimpunan.
Tiada
apa yang berbeza, perhimpunan seperti biasa sahaja.Selepas itu, saya masuk ke
kelas.Hari ini waktu Sejarah cikgu tiada.Kami buat ulangkaji.Apa bila waktu
Matematik, kami belajar bersama cikgu.Kami telah menyemak tugasan yang telah
diberi oleh cikgu.Sewaktu belajar philosophy, kami diterangkan tajuk
deduktif.Hari ini hari Jumaat, jadi saya terpaksa berkejar-kejar ke dewan makan
kerana untuk ke masjid solat Jumaat.Saya takut tertinggal bas.
Saya pulang ke
asrama untuk meletakkan beg dan menukar seluar pakai trak suit.Alhamdulillah
saya dapat naik bas hari ini.Waktu balik solat saya telah naik kereta bersama
ayah.Ayah saya telah membawa saya pulang
ke asrama.Hari ini saya telah merancang dengan keluarga saya untuk belajar
bersama kakak saya di bilik pelawat.Saya memang mengharapkan agar dapat belajar
bersama kakak saya.Kakak saya telah mengajar Fizik.Tapi saya sedih kerana hanya
lebih kurang tidak sampai 1 jam sahaja saya dapat berpeluang belajar dengan
kakak saya.Saya terpaksa meninggalkan keluarga saya kerana kami ada kelas
Pendidikan Agama Islam.Kami telah belajar nasyid.Setelah hampir waktu Asar,saya
terus ke surau. Niat saya hendak
azan.Alhamdullillah saya dapat melaungkan asan Asar.Selepas solat berjemaah,
saya pergi semula kebilik pelawat untuk berjumpa keluarga saya.Saya terpaksa ke
dewan serbaguna kerana ada program Rubish 0.Keluarga saya pulang.Habis program
saya segera menyiapkan diri untuk solat.
Malam
ini tiada prep.Saya duduk di dalam bilik dan membuat ulangkaji Sejarah.Saya
menyaipkan jurnal hari ini juga supaya kerja tidak bertangguh.Saya tidur
setelah mata terlalu mengantuk.
The two most important days in your life are the day you are born and the day you find out why.
No comments:
Post a Comment