Hari ini saya bangun agak lambat.Sebenarnya
macam biasa, set jam pukul 5 lebih , bangun, mengantuk, tidur, bangun,
mengantuk, tidur.Tengok-tengok dah 6.40pagi.Apa lagi macam lipas kudung le
siapkan diri.Tetap tidak berubah.Tidur tetap nombor satu.Awalnya nak ulangkaji
tapi tidur pula.Menyesal sekejap aje tapi nanti dah mengantuk lupa.
Hari penghulu hari.Saya dan kawan-kawan lain
akan menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Kimia dan PJK.Tapi yang penting
hari ini ialah Hari Guru.Selamat Hari Guru buat guru-guru saya diPermata
Pintar.Tidak lupa juga kepada semua guru saya sebelum ini dan juga tidak lupa
kepada ibu dan ayah saya.Tiada mereka yang bergelar guru, tiadalah saya di sini
semuanya berkat tunjuk ajar, bimbingan dan doa mereka.Terima kasih cikgu....
Saya ke dewan peperiksaan sebelum pukul
9.00pagi.Setelah mendapat kertas peperiksaan bagi kimia saya terasa amat sukar
sekali untuk menjawabnya.Tetapi saya cuba yang termampu.Saya keluar dewan
dengan bermacam perasaan.
Saya pulang ke asrama dan bersiap untuk pergi
sembahyang Jumaat.Sebelum itu saya ke dewan makan untuk makan.Saya dapat
menaiki bas untuk ke masjid.Sebelum masuk ke dalam masjid, saya dikejutkan
dengan satu suara memanggil nama saya.Rupa-rupanya ayah Zoey.Dia mengajak saya
menaiki keretanya apabila pulang ke asrama.Saya mengajak Hafiz bersama.Kami
telah singgah di kafe Kris Mas dan makan.
Waktu petang, pukul 3.00 saya menjawab soalan
PJK pula.Kami pelajar foundation menjawabnya dalam masa yang singkat sahaja
tidak sampai 30 minit dewan telah tiada orang.Agak-agaknya semua pelajar rasa
macam senang.
Setelah sampai di asrama, saya mengemas
barang-barang untuk dibawa pulang.Ibu dan bapa saya akan menjemput.Mereka
begitu risau apabila minggu peperiksaan ini saya tidak bersungguh-sungguh
mengulangkaji.Apabila mereka menelefon saya pasti tengah tidur atau baru bangun
atau hendak tidur.Itulah yang merisaukan mereka.Tapi sebenarnya duduk di
Permata ini memang selalu nak tidur sahaja apabila nampak katil dalam bilik.
Selepas solat Asar, saya menelefon Hafiz
mengajaknya ke makmal bahasa untuk menyiapkan tugasan Self Development.Tajuk tugasan kali ini ialah 21st Century Skill.Alhamdulillah akhirnya siap juga
tugasan kumpulan kami.
Setelah siap, saya lihat ibu dan ayah saya
telah menunggu di tapak asrama.Dalam pukul 7.15malam sebelum maghrib, kami
bertolak ke rumah.Seperti biasa, setelah solat Mahgrib di Perhentian Nilai,saya
akan tidur sepanjang jalan.Kali ini saya bangun dan berada di halaman rumah
pengasuh kakak saya.Rupa-rupanya pengasuh kakak saya telah berjanji membuatkan
makanan kegemaran kakak saya iaitu lempeng dan sambal lada.Rupa-rupanya sebab
itulah ayah singgah.Akhirnya saya sampai di rumah dalam pukul 10.00malam.
No comments:
Post a Comment