Thursday, 8 May 2014

Ulasan Cerpen



KUCING BERDURI KOTA & 8 1 0 0

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang ketua pemerintah yang bernama Zic 9295.Zic 9295 seorang yang mempunyai kuasa, dia membunuh manusia seperti seekor kucing membunuh anak ayam.Dia sungguh jahat dan kejam.Mangsanya adalah orang-orang tidak berdosa.Zic 9295 telah menghantar pasukan membunuh etnik 8100 yang tidak bersalah. Ramai yang terseksa,menderita dan terkorban.

Sepatutnya Zic 9295 dia telah lama dipenjarakan atau ke tali gantung.Dia mendapat perlindungan dan sokongan daripada serigala gearbox. Kesalahan yang telah dilkukan itu menjadikan Zic 9295 dalam kecelaruan, ketakutan dan kerisauan.Dia membayangkan dia berada dimuka pengadilan dalam mahkamah.Zic 9295 mengharapkan dia tidak dikenakan hukuman .Dia tidak mengaku membunuh tetapi hanya memberi arahan sahaja.Dia hendak memperbodohkan hakim dengan beri banyak alasan.Dia akan membohongi fakta dan pandai memutarbelitkan hujah dan pertuduhan.Sebenarnya dia tahu 8100 tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa jenayah.Itulah niat dan rancangan yang bermain dikepalanya.

Akhirnya, kebenaran tetap perlu ditegakkan.Zic 9295 ditangkap dan dihadapkan kemuka pengadilan atas kuasa yang telah disalahgunakannya bagi setiap perbuatan kejamnya membunuh 8100.Kisah ini diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin lain seperti Israel.

 TEMA

Tema cerpen ini ialah kekejaman yang dilakukan oleh seorang pemimpin yang mempunyai kuasa bertindak jahat dan zalim tanpa rasa belas kasihan terhadap rakyatnya yang mahu kemerdekaan.


 PERSOALAN

1.         Kejujuran dalam menyatakan perkara yang sebenar tanpa menyalahkan
orang lain atau berdolak dalik terhadap kesalahan yang telah dilakukan.
2.         Keinginan rakyat/kaum memperoleh kemerdekaan dan kebebasan
3.         Kecelaruan,kerisauan dan ketakutan seorang pemerintah yang telah
           melakukan kezaliman terhadap rakyat
4.        Pentingnya menjaga dan mempertahankan maruah bangsa walupun ditindas
           dan dianiaya demi menegakkan agama.
  
PLOT

1.         PERMULAAN
-Suatu malam,Zic 9295 seorang pemerintah merenung nasib dirinya yang sepatutnya telah dipenjarakan atas kesalahan membunuh etnik 8100.

2.         PERKEMBANGAN
-Zics 9295 terus memikirkan kekejaman yang telah dilakukannya terhadap etnik 8100.
-Zic 9295 jahat dan kejam kerana telah membunuh orang yang tidak berdosa.
-Zic 9295 telah melarikan diri kerana tidak mahu dituduh membunuh walaupun dia membunuh 1800. Dia dalam ketakutan dan cemas.
-Zic 9295 mendapat perllndungan daripada serigala gearbox.

3.         KONFLIK
-Zic 9295 diburu dengan kenyataan putar-belitnya bahawa dia tidak bersalah. Dia tidak akan dikenakan hukuman.
-Zic 9295 membayangkan dirinya berada di sebuah mahkamah.Dalam hatinya tersimpan kesumat dan dendam jahat. Dia membunuh 8100 yang tidak berdosa. Dia melakukan pembunuhan. Tetapi dia menafikan. Berdolak-dalih dan mahu memperbodohkan hakim. Dia tidak mahu dirinya ditangkap.

4.         KLIMAKS
-Zic 9295 mahu bercakap dengan hakim yang dia tidak membunuh tetapi mengarah jika dia benar-benar ditangkap.
-Zic 9295 bercakap seperti dirinya didatangi ribuan wartawan dan pemimpin dunia. Dirinya diangkat sebagai tokoh paling terkemuka. Pemimpin dunia akan hormat dan tunduk kepadanya. Pemberita akan berebut-rebut datang menemuramahnya. Itu rancangannya.

5.         PENUTUP
- Zic 9295 telah ditangkap oleh polis antarabangsa menangkapnya.
-Zic 9295 perlu dihadapkan ke muka pengadilan di mahkamah Jenayah Antarabangsa.
-Sepatutnya Zic 9295 dikenakan hukuman bagi setiap perbuatan kejamnya membunuh 8100 yang tidak berdosa. Ini satu pengajaran kepada setiap pemimpin di dunia ini.


WATAK DAN PERWATAKAN

1.         Zic 9295
-seorang  ketua pemerintah yang sepatutnya  telah dimasukkan ke dalam penjara
-mempunyai rakan pembelas dan mendapat perlindungan daripada serigala  gearbox
-seorang yang berambut putih
-seorang pemerintah yang jahat,zalim, dan pendendam seperti kucing berduri membunuh anak ayam/8100
-suka berdolak-dalih dan berlagak tegas tetapi sebenarnya takut dengan bayang-bayang kesalahan yang telah dilakukan
-seorang yang hendak mengejar nama dengan menumpang kekuasaaan serigala gearbox
 -seorang yang tidak bijak bertindak kerana orang heboh mengatakan dia hanya   
 mendapat publisiti murah dan mudah hanya daripada serigala gearbox untuk    
 menjadi pemimpin
-pemimpin yang kejam dengan membunuh dan menyiksa etnik 8100 tanpa rasa belas kasihan
-sebenarnya seorang yang sembunyi daripada kesalahan dengan tidakmengaku kesalahannya sebaliknya hanya mengarahakan askarnya yang membunuh bukan dia yang membunuh.

2.         Etnik 8100
 –kaum yang sedang berlumba maju membina empayar pengetahuan dan pendidikan
-tidak mendapat pembelaan, dibunuh, terseksa dan menderita dengan kezaliman pemerintahan Zic 9295 dan serigala gearbox
-beragama Islam
-bersolat dan berzakat
-Mereka percaya Nabi Muhammad saw itu Rasul utusan Allah
-Mereka mengagungkan kebaikan dan melarang permusuhan
-mahukan kemerdekaan

3.         Serigala gearbox
-menyebelahi dan menyokong Zic 9295
-mempunyai kuasa lebih daripada Zic 9295
-suka etnik 8100 musnah
-lagi zalim dan kejam


LATAR
Tempat –  di dalam sebuah rumah di ruang tetamu yang bertembok batu kelabu
-   di dalam bilik/kamar
Masa  mula cerita pada malam yang gelap sehingga lebih kurang pukul 1.00 pagi
           - waktu subuh ditangkap oleh polis antarabangsa
Masyarakat – diperintah oleh seorang pemerintah yang zalim
                     -ditindas kerana agama, pengetahuan dan pendidikan yang ingin
                      dimajukan

 GAYA BAHASA

1.Personifikasi
- Langit mendung berduka,
- helah meloyakan
- ketakutan memburu darahnya.
- Rakyat takut batu menggolek dan membunuh.
- Busut ini akan menujah otaknya.
- Malam makin menggigit.
-Kepanasan siang padat mencengkam dan menggigit kalbu malam.

2.Simile
-Malam pekat macam minyak hitam tumpah di tanah.
-dia tahu perbuatannya salah tetapi kesalahannya bagai angin panas.
-Bagai lidah-lidah api membakar hangus manusia
-Bagai ular sawa menelan kambing hitam.
-Wajahnya bagai dikeringkan oleh bahang api di tugu pemanggang daging panas.

3.Sinkope
- Kubunuh anak-anak ayam.
-Saya tak mahu etnik 8100 merdeka.
- Aku tak dapat liputan dunia.
- Aku perlukan orang selalu menyebut namaku dengan kukuh!

4.metafora
- ayat-ayat bohong dari lubuk kotor hati.
- Dia dalam ketakutan gelap hatinya.

5.Pengulangan
  
   Repitisi - Wajahnya wajah tua.
   Anafora -  Dia memelihara katak di bawah terowong tertutup. Dia kucing berduri kota
   boleh bila-bila menangkap katak. Dia tahu bahawa bila-bila waktu dirinya akan
   dihentak hanyut oleh empangan air pecah yang tiba-tiba menerjah. Diabersedia. 

PENGAJARAN

1.         Sebagai seorang pemimpin kita hendaklah bertanggungjawab terhadap orang
yang berada bawah pimpinan kita.
2.         Kita janganlah bersikap sombong, degil, zalim dan menindas orang yang
           lemah.
3.         Kita hendaklah bijaksana dan berfikir logik dalam melakukan sesuatu
           tindakan.
4.        Kita hendaklah insaf dan kembali ke pangkal jalan apabila melakukan
           kesalahan.

NILAI
1.         Taat dan mengikut arahan
            Pengikut Zic 9295 membunuh etnik 1800 apabila disuruh olehnya.
2.         Bersikap tegas,penyayang dan adil
            Zic 9295 seorang yang jahat dan kejam terhadap 1800.Dia sanggup   
           membunuh orang-orang yang tidak berdosa.Sepatutnya sebagai pemimpin
            mestilah adil dan penyayang kepada rakyat bawahannya.
3.         Insaf
            Walaupun telah membunuh, Zic 9295 tetap mahu berdolak dalih di muka
pengadilan.Sepatutnya dia insaf dan menyesal atas apa yang telah dilakukan.
4.       Bijaksana
          Zic 9295 bertindak melulu kerana dendam tanpa berfikir akan kesan akibatnya
          sehingga akhirnya dia terpaksa dibawa ke muka pengadilan.Sepatutnya, Zic
          9295 berfikir baik buruk segala tindakannya sebagai seorang pemerintah
          yang ingin dikasihi dan dihormati rakkyat.





No comments:

Post a Comment