Sunday, 11 May 2014

Jurnal - Jumaat (9 Mei 2014)



         Hari ini saya bermula cerita saya di dalam kelas.Bukan apa, detik-detik menghadapi peperiksaan semakin dekat, jadi kenalah tulis ringkas-ringkas.Waktu pertama hari ini ialah Sejarah.Kami menjawab soalan ujian yang diberikan.Setelah itu, kami ke kelas Matematik pula dan dikehendaki menjawab ujian juga.Selepas itu, saya menghadiri kelas Falsafah.Hari ini merupakan hari terakhir kami belajar mata pelajaran Falsafah.Sedih juga terasa tetapi itu semuanya sudah ditentukan.Jadi tak ada peluanglah hendak mendapat aiskrim atau coklat percuma lagi.

         Sewaktu perjumpa Spritual Circle, usrah kami mendengar abang Naqib menyanyi.Hari ini hari Jumaat, jadi saya akan ke masjid bersolat Jumaat.Saya perlu segera pulang ke asrama setelah makan agar tidak ketinggalan bas.

        Waktu petang hari ini, saya akan ke kelas bahasa Jepun.Kelas Jepun yang sepatutnya diadakan semalam, diganti ke hari ini.Saya ke kelas Jepun sehingga pukul 4.15 petang.Setelah itu saya bersiap untuk pulang ke rumah.Kami telah dibenarkan pulang.Ayah dan ibu saya datang ke Permata lebih kurang pukul 5.00 petang.Seronoknya dapat balik ke rumah.Boleh belajar dan mengulangkaji pelajaran bersama kakak.Itulah niat saya sebelum kakak saya melanjutkan pelajarannya nanti.

        Saya dan kedua ibu bapa saya pulang ke rumah sebelum pukul 7.00.Kami singgah solat di perhentian rehat Nilai.Lebih kurang dua jam lebih sikit barulah kami sampai ke Tangkak.Sepanjang jalan saya tidur kerana terlalu penat.Sebelum balik ke rumah, ayah telah singgah ke kedai makan  untuk membeli makanan.Kami makan di rumah kerana ada kakak.

      Malam ini saya rasa tidak larat untuk mengulangkaji pelajaran.Saya tidur awal lebih kurang pukul 11 lebih.Saya berniat untuk bangun pagi belajar.Seronok dapat tidur di bilik sendiri yang telah ditilnggalkan tiga minggu.Malam ini saya tidur lena.

 If you hear a voice within you say “you cannot paint,” then by all means paint and that voice will be silenced.

No comments:

Post a Comment