Hari yang dinanti-nanti akhirnya datang
juga.Hari ini kami semua pelajar Permata akan menduduki peperiksaan kedua bagi
semester ini.Saya berharap saya dapat membaiki semula keputusan peperiksaan
petama hari itu.Saya akan buat termampu saya sekurang-kurangnya dapat memperolehi 3 pointer ke
atas.InsyaAllah.
Hari ini saya
melangkah ke dewan peperiksaan dengan hati berdebar-debar.Peperiksaan pertama
adalah subjek Fizik yang bermula pukul 9.00pagi sehingga pukul
11.00pagi.Setelah mendapat kertas soalan saya mula menjawab.Soalan itu
sememangnya sukar bagi saya teruutamanya menggunakan bahasa Inggeris.Saya
keluar dari dewan setelah hampir pukul 11.00pagi.
Setelah sampai ke
bilik saya mengambil keputusan untuk tidur sebentar.Saya bangun hampir pukul
12.00 tengah hari.Petang ini saya akan menduduki peperiksaan kertas English
pula.Saya sempat menelek-nelek sekejap buku English sebelum ke dewan
peperisaan.Pukul 2.30 petang saya dan rakan-rakan menduduki peperiksaan
English.Ketika hendak pulang, habis peperiksaan hujan turun dengan begitu lebat
sekali.Saya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke asrama.Saya pergi ke
makmal komputer sementara menunggu hujan reda.Saya mengambil kesempatan yang
ada melayari internet dengan mencari nota biologi.Hampir pukul 4 lebih hujan
masih belum.Saya pun rasa sudah terlalu lama berada dalam lap kom, jadi saya
pun redah sahaja hujan untuk balik ke asrama.
Petang ini,saya telah
bilik Ikwan sebenar untuk berbual-bual.Malamnya pula, saya duduk di dalam bilik
sahaja untuk mengulangkaji pelajaran.Saya seronok kerana abang Sahmil telah
mengajar saya Matematik.Saya telah pergi kebiliknya untuk belajar bersama.Hampir
pukul 12.00malam barulah saya pulang untuk tidur.
There are no traffic jams along the extra mile.
No comments:
Post a Comment