Hai
kawan-kawan.Hari ini seronok kan.Sebab apa?Cuti....Hari Pekerja.Tapi bagi saya
ialah hari yang penuh bererti kerana hari ini adalah ulang tahun kelahiran
saya.Genaplah hari ini umur saya 12 tahun.Dalam kegembiraan itu,ada juga
sedikit kesedihan.Sebelum ini tarikh 1 Mei, saya akan bersama-sama keluarga dan
meraikan ulang tahun kelahiran saya.Tapi tahun ini saya tidak dapat meraikannya
bersama keluarga.Saya kuatkan semangat kerana tidak semestinya apa yang kita
minta semuanya boleh dapat.Saya pun kena memahami dan belajar menyesuaikannya
dengan situasi saya sekarang.Sekurang-kurangnya keluarga saya telah mengucapkan
Selamat Hari Lahir tepat pukul 12.00
malam tadi.Wah,nanti saya balik kampung boleh lah buat kad pengenalan.
Pagi ini
dengan penuh semangat saya bangun pagi.Abang sebilik saya tiada kerana dia
bersama dengan dua orang rakannya ke Kuantan.Seperti biasa selepas solat saya
ke dewan makan.Saya tidak sabar untuk menunggu pukul 7.30pagi.Hari ini kami ada
explorace yang telah dirancang oleh MTK.Kami telah diagihkan kepada 12 kumpulan.Saya
masuk kumpulan 7 bersama Izwan pelajar foundation.Perkara yang tak boleh lupa
ialah kami terpaksa makan telur tak masak,garam dan blak paper.Seronoknya
kerana kami dapat merapatkan lagi perhubungan dalam explorace ini. Saya juga sangat gembira di chekpoint Abang Azfar. Tugasannya ialah saya dipasangkan lagu kuat-kuat lalu meneka apa yang mereka tengah cakapkan. Alhamdulillah,saya berjaya menjawab semua soalan. Aktiviti ini
sampai tengah hari juga.
Selepas itu,
kami ke dewan seberguna untuk acara penyampaian hadiah.Kumpulan saya mendapat
saguhati sahaja.Walaupun tidak mendapat tempat 1,2 atau 3 tapi saya tetap
gembira kerana kumpulan kami telah cuba yang terbaik.Habis acara penyampaian
hadiah saya terdengar Abang Aniq beritahu kepada Abang Hathim hari ini ada birthday boy.Rupa-rupanya
mereka ada kejutan buat saya.Saya telah dilumuri tepung yang telah dicampur dengan air dan kemudian nyanyian
lagu Happy Birthday daripada pelajar-pelajar Permata buat saya.Saya begitu
terharu campur gembira kerana tidak sangka semuanya untuk saya.Begitulah gambar saya sewaktu kena tepung,waktu tu sangat gembira yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Terima kasih
kawan-kawan, abang-abang dan kakak-kakak.
Saya balik ke
bilik dan terus ke bilik air untuk membersihkan baju yang terkena tepung.Tengah
hari itu setelah solat, saya ambil keputusan untuk tidur kerana terlalu
penat.Saya pun tidur.Dalam pukul 5 saya telah dikejutkan oleh Muaz.Dia suruh
saya ke pondok depan blok pensyarah,Saya tengok kereta ayah saya
ada.Rupa-rupanya keluarga saya pula buat kejutan kepada saya.Saya tidak sangka
ibu, ayah dan kakak saya datang kerana sudah lewat petang.Bukan keluarga saya
saja yang ada tetapi beberapa orang kawan-kawan lelaki foundation bersama ibu
dan ayah Zoey pun ada.Saya punya le terperanjat bercampur telalu gembira.Saya
dapat tahun ibu saya telah berpakat dengan meminta tolong Muaz untuk memanggil
kawan-kawan.Saya tidak tahupun.Kakak dan ibu telah bersusah payah memasak
sendiri dua biji kek.Itulah kali pertama mereka belajar dan masak kek.Kemudian
ibu juga masak mi hoon sup,nuget,pisang rebus, ubi kayu goreng.Ibu juga bawa
gula-gula,kacang,buah tembikai susu dan jambu air merah untuk
kawan-kawan.Sebelum balik ibu menyuruh saya memberikan kawan-kawan cenderahati
iaitu hokaido cup kek yang dibuat oleh kakak dan sebatang pen.Saya juga tidak
lupa beri cenderahati itu kepada beberapa orang abang. Saya betul-betul tidak
menyangka keluarga saya buat semua itu.Saya sangat sayang keluarga saya.Terima
kasih.
Waktu prep,
saya menyambung novel saya untuk bab 4 tetapi masih belum siap lagi. Saya merancang untuk menyambungnya pada hari Sabtu dan Ahahd nanti.Saya berhenti dan menyiapkan sedikit jurnal untuk semalam.Saya
tidur malam awal sedikit kerana penat tapi gembira.
Either you run the day, or the day runs you.
No comments:
Post a Comment