Monday, 5 May 2014

Jurnal - Sabtu (3 Mei 2014)



Hari ini hari Sabtu.Seronoknya. Aktiviti kokurikulum tidak ada seperti biasa.Dapatlah cuti sepenuh masa hari ini. Jadi hari ini saya sudah merancang untuk menyiapkan tugasan saya mana yang mampu.Duduk dalam bilik dan siapkan.InsyaAllah.Tinggal seminggu lagi sahaja minggu peperiksaan.

Bangun setelah semuanya siap, perut dah diisi saya mula mengulangkaji pelajaran.Saya cuba membuat latihan matematik.Tapi rasa bosan.Sambung buat novel untuk sedikit lagi bab 4.Niat hati memang nak siapkan hari ini juga.Apabila novel siap bab 4 saya sambung bab 5.Tapi rasa nak terlelap pula.Saya baring melayan perasaan sambil berfikir cerita hendak tamatkan novel saya.

Hari ini keluarga saya berjanji untuk datang dan menolong saya mengulang kaji pelajaran.Saya telah berkesempatan belajar dengan kakak.Kami duduk di dalam bilik pelawat.Ayah telah meminta kebenaran En.Rajan.Masa terlalu pantas.Keluarga saya terpaksa pulang.Walaupun sedih, tapi saya gembira kerana keluarga saya dapat meluangkan masa walaupun tak puas rasanya.

Rasanya tiada apa yang menarik untuk hari ini nak ceritakan.Malam ini tiada prep.Jadi saya mesti siapkan sedikit lagi novel iaitu bab akhir.Alhamdulillah malam ini novel saya siap juga akhirnya.Saya ingat hari Isnin saya akan tunjukkan kepada cikgu Mior.Novel itu saya buat dengan ambil idea daripada pengalaman kisah sebenar seorang kawan saya di sekolah lama dahulu namanya Rizal.Pengalaman sedihnya saya jadikan jalan cerita dan ubah sikit-sikit.

-People often say that motivation doesn’t last. Well, neither does bathing. That’s why we recommend it daily-

No comments:

Post a Comment