Friday, 2 May 2014

Jurnal - Rabu (30 April 2014)



               Pada hari ini,saya telah bangun pada pukul 5.47pagi. Selepas itu,saya mendengar suara azan,saya terus turun kerana saya tahu bahawa masih ada peluang untuk melaungkan azandi asrama. Saya telah terlihat Abang Amir Arsyad. Saya telah meminta untuk azan di asrama dan dia bersetuju.Saya segera ke asrama dengan gembiranya untuk melaungkan azan.Alhamdulillah.

                Saya ke surau semula. Hampir beberapa minit kemudian ramailah rakan-rakan yang datang untuk bersolat jemaah. Selepas solat,saya ke dewan makan bersama Abang Bakhtiar,Karamie dan Abang Firdaus. Perut dah kenyag,saya balik ke bilik. Seperti biasa saya akan mengemas katil lalu bersiap untuk mandi. Selepas mandi,saya ke bilik lalu mengemaskan diri. Sebagaimana yang telah saya perkatakan,rutin harian pagi saya sama sahaja,tiada apa-apa pun menarik. Jadinya,saya sambung cerita di kelas pula. 

                Pada waktu pagi ini,waktu elektif,saya ke makmal komputer. Saya membuat jurnal,sebelum membuat jurnal,saya menonton rancangan “Running Man” sebentar. Konon nak santai-santai dulu.Selepas waktu elektif,saya ke dewan makan. Selepas makan,saya ke kelas Kimia. Hari ni cikgu tiada. Jadinya,saya bermain dengan tablet saya. Lepas itu,Zoey datang. Dia mahu meminjam tablet saya kerana dia ingin meminta mendengar piano Necrofantasia. Hampir lebih 5 minit kemudian,saya meminta semula untuk saya pula menggunakannya tetapi sedihnya saya kerana dia lari membawa tablet saya. Saya cuba meminta sekali lagi,tetapi saya terperanjat.Dengan kasar,dia menendang dan mencubit saya.Saya pelik dan geram lalu mencubitnya semula.Dia lari kononnya lari merajuk. Saya berharap agar Zoey berubah apabila hendak meminjam dan memulangkan barang seseorang janganlah bertindak kasar.Selepas waktu Kimia,saya ke kelas Muzik. Hari ini,kami menyambung belajar membaca note.Saya cuba memahami dan menyelaminya.Selepas waktu Muzik,saya ke dewan makan. Selepas makan,saya balik ke bilik lalu tidur dari pukul 1.00  tengah hari sehingga 2.20tengah hari.Selepas itu,saya bangun dan solat.

                 Waktu petang ialah kelas Fizik. Hari ini,kami diberikan ujian.Ujian Fizik kali ini akan dicampur dengan markah peperiksaan sebanyak 25%.Saya cuba untuk buat sungguh-sungguh tappi ada juga soalan yang tidak dapat buat.Saya harap agar ujian ini dapat bantu peperiksaan saya.Selepas waktu Fizik,saya balik ke bilik. Saya menyambung buat jurnal dan mengulangkaji pelajaran. Pada pukul 6.40petang,saya ke dewan makan dalam keadaan yang telah mandi. Setelah makan,saya ke ke surau. Hari ini ada ceramah. Di prep,saya telah membuat jurnal dan tidur.Sebelum tidur itu, saya gembira kerana beberapa minit lagi adalah hari ulang tahun saya.Ibu, ayah dan kakak sempat mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya saya panjang umur dan beroleh kejayaan sebelum saya tidur.Walaupun gembira tetapi dalam hari ini ada perasaan sedih kerana tahun ini saya tidak dapat menyambut hari lahir saya bersama keluarga.Tapi saya cuba hilangkan perasaan sedih itu hingga terlelap.

 Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life.

No comments:

Post a Comment