Pagi ini tidak seperti biasa.Sifat liat,
malas,lemah dan macam-macam lagi kalau nak bangun.Tapi,pagi ini saya begitu
bersemangat untuk mengulangkaji pada waktu pagi.Sebelum ke dewan peperiksaan
saya telah membaca bahasa Melayu.Saya begitu berharap peperiksaan bahasa Melayu
ini akan membantu menaikkan pointer saya dan meningkatkan kedudukan saya.
Saya melangkah ke dewan peperiksaan.Soalan
berkaitan gaya bahasa,aspek kajian sastera antara tajuk yang kami perlu
jawab.Keluar dari dewan peperiksaan kali ini tidaklah sebimbang subje-subjek
lain.Petang pula saya menjawab kertas Sejarah.Tamadun awal manusia dan zaman
jahiliah adalah antara soalan yang keluar.
Jurnal perlu dibuat.Habis jawab sejarah, saya
sambung jurnal.Tapi maaf junal-jurnal semasa minggu periksa ini ceritanya sama
sahaja-baca buku dan ulangkaji.Tidak banyak yang menarik tapi mencabar bagi
saya.
Malam saya mengulangkaji di dalam
bilik.Pening,pening rasanya nak memahami kimia.Ulangkaji dan baca mesti dan
cuba.PJK pula tak tahu nak baca apa.Harap-harap esok saya boleh menghadapi
kedua-duanya denganbaik.
Milikilah pemikiran yang kuat, tapi selalu tempatkan hatimu lebih
kuat. Kerana pada akhirnya, perasaan selalu mampu mengalahkan logik
No comments:
Post a Comment