Sunday, 11 May 2014

Jurnal - Sabtu (10 Mei 2014)



Pagi ini saya bangun dengan penuh semangat.Seronok sebab berada di rumah.Hari ini, ibu telah bangun pagi untuk menemankan saya mengulangkaji.Sementara itu, ibu sibuk memasak didapur.Ibu dan ayah akan ke sekolah rupa-rupanya.Hari ini merupakan hari ganti bagi cuti Hari Raya.Sedihnya kerana kedua-dua ibu bapa saya terpaksa bekerja dan kebetulan waktu saya dapat  pulang.Selalunya memang hari Sabtu sahaja saya dapat bersama mereka jika saya balik bercuti di rumah.Tapi minggu ini Sabtu dan Ahad mereka bekerja.Itulah nasih apabila negeri Johor sudah bertukat hari cutinya mulai tahun ini.

Saya mengambil kesempatan belajar bersama-sama kakak.Kakak  saya memang banyak membantu saya.Saya berharap keputusan peperiksaan kali ini dapat meningkat.Hari ini keluarga kami mendapat satu berita gembira.Lebih kurang sebelum pukul 1.00 tengah hari, kakak saya telah melayari internet untuk melihat keputusan permohonan sambung belajar.Kakak saya telah diterima belajar di Universiti Malaya dalam bidang sains hayat.Alhamdulillah.Saya bertekad ingin berjaya seperti kakak saya.               In Shaa Allah. 

Petang ini, kami sekeluarga keluar ke bandar Tangkak.Saya telah ke kedai cermin mata untuk membetulkan cermin mata saya yang telah patah.Kemudian kami ke Marrybrown dan ke pasar malam.Pulang ke rumah saya sambung belajar semula.Tetapi saya mulakan dengan membuat tugasanPJK yang perlu dihantar pada hari Isnin.Malam ini saya tidur lewat sehingga siap PJK dan jurnal.


I have learned over the years that when one’s mind is made up, this diminishes fear.

No comments:

Post a Comment