Wednesday, 7 May 2014

Jurnal - Selasa (6 Mei 2014)



Hari ini saya berjaya bersahur.Saya bangun pukul 5.10pagi dan bersahurlah seorang diri di dalam bilik.Masa ni terasa sedih dan teringat keluarga kerana sebelum ini saya pasti bersahur dengan mereka.Inilah pertama kali saya bersahur seorang diri.Semoga Allah memberkati.Setelah bersahur saya mengulangkaji dan membuat jurnal.Terasa mengantuk dan terlelap rupanya.Bangun semula dan takut mengantuk sambung untuk buat cerpen.Hari ini tidak ke dewan makan jadi tidaklah tergesa-gesa bersiap untuk ke sekolah.

                Kelas pertama saya pagi ini ialah Pendidikan Jasmani dan seterusnya English.Sambung pula Matematik.Hari ini pertama kali berpuasa di Permata,jadi terasa cabarannya.Cuaca panas lagi.Saya pulang tengah hari itu dengan badan yang lemah.Mulut ini terasa begitu haus.Saya ke asrama dan segera mendapatkan katil yang rasanya sudah tidak sabar untuk melelapkan mata sebentar.Dengan mudah saya terlelap walaupun perut ini memang sudah terasa lapar.Hampir pukul 2.10 jam berbunyi membangunkan saya.Saya segera solat dan bersiap untuk ke kelas petang.Saya ke kelas petang dengan badan terasa lemah.Habis kelas saya segera ke bilik.

                Petang ini terasa lama pula hendak ke maghrib.Saya keluar bilik untuk mengambil angin.Niat hati hendak bermain pingpong.Saya hanya bermain sekejap sahaja kerana badan terasa melayng-layang.Hampir 6.30petang saya mandi dan bersiap untuk ke dewan makan berbuka puasa.Setelah sampai waktu, saya pun berbuka puasa.Alhamdulillah semoga Allah berkati puasa saya hari ini.Setelah solat Isyak seperti biasa saya dan rakan-rakan ke kelas prep.Masing-masing nampaknya sibuk dengan tugasan masing-masing.
                 You can’t fall if you don’t climb.  But there’s no joy in living your whole life on the ground.

No comments:

Post a Comment