Monday, 5 May 2014

Tugasan Novel


                                                     SEHELAI SEJADAH

Bab 1
            Rizal, sahabatku memandang lesu ke arah sawah pagi yang terbentang luas di hadapannya.Bunyi kicauan burung memecah kesunyian petang itu.Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan batang-batang pokok padi menari-nari.Rizal mengusap-usap rambutnya.Sudah lama dia tidak rasa usapan lembut tangan ayahnya.Rizal juga sudah lama tidak mendengar leteran ibunya juga suara adik-adiknya.Maisarah dan Razak, ketika mereka bermain.
            Tarikh 7 Mei 2009 masih segar dalam ingatan Rizal.Keluarga yang disayanginya terlibat dalam kemalangan.Ketika itu ayah, ibu dan dua orang adiknya itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis kenduri di rumah saudara sebelah ayahnya di Sungai Koyan.Lebih kurang 25 kilometer untuk sampai ke rumah mereka, kereta Perodua Kancil yang dipandu oleh ayahnya mengalami kemalangan di sebuah selekoh jalan raya.Ketika itu Rizal menyiapkan kerja sekolahnya di rumahku.
            “Rizal, ayah kau kemalangan!”beritahu Pak Mail jiran sebelah rumahnya sebaik sahaja dia pulang ke rumah selepas kerja sekolahnya siap.Ketika itu jam di tangannya menunjukkan pukul 5.00petang.
“Mereka sudah dibawa ke Hospital Kuantan,”kata Pak Mail.Terasa gelap pandangan Rizal.Dia masih ingat pesanan ibunya sebelum mereka berangkat ke majlis kenduri itu.
“Rizal, ibu dan ayah nak ke Sungai Koyan.Tolong bagi ayam-ayam itu makan ya.Ibu dah kurung di dalam reban tu.”Pesanan ibunya itu rupa-rupanya pesanan terakhir.Rizal menangis teresak-esak.Bagaimanakah keadan ibu, ayah dan adik-adiknya?Rizal tidak dapat membayangkannya.Dia begitu risau dan takut.
Dengan bantuan Pak Mail dan isteri,nya, Rizalke Hospital Kuantan.Sepanjang perjalanan, Rizal berdoa agar semua ahli keluarganya selamat.Tetapi takdir Allah melebihi segala-galany.Ayahnya pula, menghembuskan nafas terakhir sebaik sahaja Rizal sampai di hospital itu.Rizal jatuh pengsan.
Apabila Rizal membuka matanya, saudara-mara sebelah ayah dan ibunya sudah berkumpul di hospital.Rizal menangis lagi.Dia rasa sangat sedih.Dia menghampiri jenazah ayahnya yang masih ditutupi kain putih di atas katil hospital.Kain putih itu, dibukanya perlahan-lahan.
“Ayah..”
“Nurse, terukkah ayah saya?”tanya Rizal kepada jururawat yang berdiri bersebelahanya.
“Ayah adik mengalami luka dalaman.Hatinya pecah kerana hentakkan stering kereta yang kuat.”Kata-kata itu memilukan perasaan Rizal.Rizal cuba menahan tangisannya.Walaupun begitu air matanya tetap mengalir dipipinya.
Setelah melawat jenazah ayahnya,Rizal ke bilik mayat untuk melihat jenazah ibu dan kedua-dua orang adiknya.Ibu dan adik-adiknya meninggal di tempat kejadian.Rizal terpaku.Ketika laci jenazah ibunya ditarik, kelihatan wajah ibunya sangat tenang.tidak ternampak kecederaan yang teruk.Hanya luka kecil di dagu sahaja.Rizal mengusap-usap rambut ibunya.Belum puas dia merasai kasih ibunya yang sangat baik itu.
“Pak cik, terukkah keadaan ibu?”tanya Rizal kepada petugas hospital di sebelahnya.Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kaki ibu kamu mungkin patah kerana tersepit,”katanya perlahan.Air mata Rizal semakin deras.Kemudian Rizal melihat jenazah adiknya Maisarah dan Razak.Wajah mereka berdua kaku dan tidak seceria ketika menyambutnya pulang dari sekolah.Rizal menangis tersedu-sedu.
“Sabarlah Rizal,”pujuk Pak Rahman, bapa saudaranya yang datang dari Kelantan.
“Rizal,pak cik berhajat nak bawa ayah, ibu dan adik kau untuk dikebumikan dikampung.”sambung Pak Rahman.
Rizal hanya memandung ke arah bapa saudaranya itu.Baik kata orang tua itu, baiklah bagi Rizal.Rizal tidak ada sesiapa lagi.Dia perlu bersetuju dengan keputusan itu kerana kedua-dua ibu dan ayahnya berasal dari Kelantan.
Malam ini juga jenazah ibu, ayah dan dua orang adik yang dikasihinya dibawa dengan sebuah van jenazah ke kampung.Hujan renyai-renyai yang turun seolah-olah bersimpati dengan nasib Rizal.
“Sabarlah Rizal,”pujuk neneknya sambil memeluk Rizal yang menangis teresak-esak sebaik sahaja mereka sampai di rumah neneknya pada waktu subuh itu.Orang kampung sudah ramai menunggu.Mereka datang untuk meziarahi jenazah ibu, ayah dan adik-adik Rizal sebelum dikebumikan.
Keesokan harinya keempat-empat jenazah yang amat disayangi Rizal dimandi dan dikafankan. Rizal sempat mencium pipi ayah,ibu dan adik-adiknya untuk kali yang terakhir.Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia kini menjadi anak yatim piatu. Rizal berasa begitu sedih. Ketika itu juga,Rizal tidak putus-putus menghadiahkan bacaan yasin pada ayah,ibu dan adik-adiknya.
            Selepas solat jumaat,kempat-empat orang yang dikasihi Rizal di bawa di tanah perkuburan. Sewaktu jenazah ibu,ayah dan adik-adiknya diusung,hujan turun dengan lebatnya selebat air mata Rizal. Rizal menahan nangis sewaktu ibu dan bapanya di bawa turun ke liang lahad untuk disemadikan.

Bab 2
            Masih segar di ingatannya kelibat ayahnya yang selalu menghantar dan mengambilnya dari sekolah.Ayahnya yang banyak memberi nasihat kepadanya supaya belajar bersungguh-sungguh.
            “Kita ini bukan orang kaya Rizal.Hanya ilmu yang dapat membantu kita.Belajarlah rajin-rajin.Sekiranya kau berjaya, adik-adik akan mengikut jejak kau.”Kata-kata ayahnya itu menjadi pegangannya sehingga akhir hayat.Lewat petang itu,Rizal dan neneknya menghadiahkan bacaan Yasin kepada keluarganya.
            “Rizal, dah senja ni.Tak baik termenung.Yang pergi tak akan kembali.Pandanglah hari depan dengan semangat baharu.”Kata-kata Mak Su Lina, adik bongsu ibunya mengejutkan Rizal daripada lamunannya.Dia sedang belajar di Universiti Malaya dalam jurusan Sains Komputer.Dia sedang bercuti di rumah nenek yang juga ibunya.Kejayaan ibu saudaranya itu sedikit sebanyak menjadi pendorong kepada Rizal untuk belajar bersungguh-sungguh.Rizal senyum dan ke bilik untuk mandi. Ketika itu pula neneknya sedang memasak untuk hidangan makan malam mereka bertiga.Bau ikan kering yang digoreng neneknya masuk ke hidung Rizal.Perutnya terasa lapar.
            “Rizal, selepas sembahayang Maghrib nanti kita makan sama-sama,”suara neneknya dari dapur.
            “Ya, nek,”Rizal segera mencapai tuala dibiliknya.Dia bergegas menuju ke bilik air.Dia berasa beruntung kerana masih mempunyai nenek.Neneklah tempat Rizal bergantung kasih sejak kematian ibu dan ayahnya.Semenjak dia berpindah ke rumah neneknya, tidak pernah nenek berkasar terhadapnya.Perangai neneknya tidak ubah seperti ibunya.
            Selepas solat Maghrib, Rizal tidak lupa menghadiahkan bacaan Yasin kepada ibu, ayah dan adik-adinya.itu sudah menjadi kebiasaan dan tanggungjawabnya setiap kali selepas solat.
“Jadilah anak yang soleh Rizal.”kata-kata Cikgu Noraini, guru Bahasa Melayu di sekolah lamanya dulu masih segar di ingatannya.Kebaikan guru itu dan guru-guru lain serta kawan-kawan sekelasnya masih Rizal ingat.Tapi sayang, Rizal tidak dapat lama di sekolah itu.Selepas kematian ibu dan ayahnya, Rizal terpaksa berpindah sekolah ke Kelantan. Walaupun berjauhan,Rizal tetap masih berhungan dengan mereka.
            Malam itu, mereka menikmati masakan nenek.Sayur lemak rebung dimakan bersama ikan kering dan sambal belacan sungguh menyelerakan.Dua kali Rizal dan mak sunya tambah.Nenekk hanya tersenyum melihat Rizal makan berselera sekali.Tidak seperti sebulan lepas.Rizal hilang selera makan.Badannya agak susut dan kurus.Dia asyik menangis rindukan ibu, ayah dan adik-adiknya.
                                                           
           
Bab 3
“Rizal, jalan elok-elok.Tengok kiri dan kanan semasa nak melintas jalan ya.”Pesan neneknya sambil tangannya melambai-lambai ke arah Rizal yang berjalan menuruni tangga rumah selepas bersalam dan menciu tangan nenek dan ibu saudaranya.Rizal mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.Dia tahu nenek amat bimbang akan keselamatannya.Setiap kali hendak ke sekolah itulah nenek akan pesan.
            Jarak sekolah baharu Rizal dengan rumah neneknya lebih kurang satu kilometer.Rizal hanya berjalan kaki ke sekolah.Sampai sekolah sudah ramai kawannya yang tiba.
            “Rizal, awak dah siap kerja sekolah yang Cikgu Lim bagi semalam?”tanya Zaim kawan sekelasnya.
            “Dah siap,”jawab Rizal ringkas.
            Kerja sekolah Matematik yang diberi oleh Cikgu Lim sudah disiapkan Rizal sebaik sahaja dia pulang ke rumah petang semalam.
            “Nanti awak ajar saya, ya,”pinta Naim memujuk Rizal.Rizal tersenyum sambil mengangguk-angguk kepalanyaa.Sejak darjah stu lagi Rizal bijak dalam matapelajaran Matematik.Mungkin    inilah berkat didikan ayahya yang selalu menyuruh Rizal menghafal sifir sejak kecil lagi.Dia bangga memilik ayah seperti arwah ayahnya.walaupun ayahnya seorang peneroka yan gmenghambakan diri di ladang kelapa sawit, tapi di sangat mengambil berat akan pelajaran Rizal.
            Waktu pertama bermula.Cikgu Rosnah, guru Bahasa Melayu Tahun 6 Amanah masuk.Rizal amat suka dengan Cikgu Rosnah kerana guru itu selalu menegurnya.mungkin Cikgu Rosnah mengetahui Rizal sudah ketiadaan ibu dan ayahnya.Jadi, perhatiannya selalu tertumpu kepada Rizal.Hari ini, Rizal belajar teknik menjawab soalan Bahagian C kertas penulisan. Dia memberi sepenuh perhatian kerana tidak lama lagi peperiksaan UPSR akan dihadapinya.
            Ketika loceng waktu rehat berbunyi, Rizal berjalan menuju ke bangku di sebelah kantin.Ada beberapa orang rakannya membawa bekal sepertinya.Mereka ialah Mutu, Zali dan Azman.
“Rizal,awak bawa bekal apa hari ni?”tanya Mutu sambil tangannya membuka bungkusan nasi lemak.
“Mi hoon.”jawab Rizal ringkas.
“Awak nakkah?”tanya Rizal sambil menghulurkan mi hoon goreng yang dibawanya.
“Saya dah ada nasi lemak ni,”jawab Mutu.Zali dan Azman makan bekal nasi yang dimasak oleh ibu mereka.Mereka berempat makan bersama-sama.
Setiap petang, selepas pulang dari sekolah,Rizal ke kelas tambahan bahasa Melayu,Matematik dan Sains disekolahnya.Dia tidak pernah ponteng kelas stersebut kerana baginya kels itu amat penting.Di kelas itu jugalah guru-gurunya banyak memberi tips-tips menjawab soalan peperiksaan.

Bab 4
“Hari ini ialah Hari Ibu, jadi cikgu nak kamu rekakan sekeping kad hari ibu yang paling cantik untuk ibu kamu,”kata Cikgu Rosnah sewaktu masuk ke Kelas 6 Amanah sewaktu Pendidikan Seni hari itu.Rizal tersentak.Dia lupa hari ini ialah hari ibu.Sewaktu ibunya masih ada, Rizal selalu memberi ucapan dan ciuman untuk ibunya pada hari tersebut.Air mata Rizal bergenang.Tiba-tiba Rizal lihat mata Cikgu Rosnah juga berkaca.Guru muda itu cepat-cepat mencapai tisu dalam beg tangannya.Dia mengesat matanya.Rizal hairan.Rizal juga mengesat air matanya dengan sapu tangan yang dibawanya.
“Ibu adalah orang yang paling kita hormati dan kasihi.Jagalah hati ibu kita.”kata Cikgu Rosnah perlahan.
Rizal mereka kad yang paling cantik untuk arwah ibunya.Dia bercadang memberikan kad itu kepada neneknya.Neneknyalah ibunya kini.Sewaktu menulis kata-kata di kad itu, beberapa titis air mata Rizal menitik pada kadi itu.Dia rindukan ibunya.
“Sabarlah Rizal.Cikgu faham perasaan kamu,”kata Cikgu Rosnah sambil mengusap kepala Rizal.Rizal memandang muka cikgunya.Ada setitik air mengalir dipipi gurunya itu.Rizal hairan.
Petang itu, selepas kelas tambahan, Cikgu Rosnah menghampiri Rizal.
“Rizal, jom pergi ke rumah cikgu, cikgu ada sesuatu nak tunjuk kepada awak,”kata Cikgu Rosnah.
“Tapi, cikgu, saya kena bagi tahu nenek dulu, nanti nenek risau,”jawab Rizal.
“Balik nanti, cikgu hantar Rizal ke rumah dan Rizal beritahulah nenek yang Rizal nak ke rumah cikgu, ya.”Ajak Cikgu Rosnah lagi.
“Baiklah cikgu,”jawab Rizal.Dia hairan kenapa Cikgu Rosnah beria-ria betul hendak mengajaknya ke rumah.
Setelah memberitahu neneknya dan menyimpan buku-bukunya, Rizal berjalan menuju ke kereta Cikgu Rosnah yang sedang menunggunya.Mereka menuju ke rumah Cikgu Rosnah.Sesampai di rumah Cikgu Rosnah, mereka masuk ke dalam.Rizal lihat rumah Cikgu Rosnah sungguh kemas.
“Duduk ya Rizal, cikgu tukar pakaian sekejap,”beritahu Cikgu Rosnah.Rizal mengangguk-angguk kepalanya.
Selepas beberapa minit, Cikgu Rosnah muncul berkain batik dan berbaju T lengan panjang.
“Rizal, saya ada banyak buku-buku agama, kalau Rizal nak baca atau pinjam ambillah,”kata Cikgu Rosnah sambil menghulurkan beberapa buah buku agama kepada Rizal.Rizal meneliti tajuk buku-buku itu.
“Cikgu, mengapa cikgu banyak beli buku-buku macam ni?”tanya Rizal ingin tahu.
“Sebenarnya Rizal, cikgu juga senasib dengan kamu.”Suara Cikgu Rosnah hiba bunyinya.Air mata mengali dipipinya lalu disapu dengan cepat.
“Ibu dan ayah cikgu juga meninggal dalam kemalangan jalan raya, Rizal.”Cikgu Rosnah tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dadanya sebak.Peristiwa dua tahun lepas masih segar diingatannya.
“Sejak kematian ibu dan ayah cikgu, cikgu banyak membeli dan membaca buku-buku agama.Cikgu akan terasa tenang selepas membacanya.Cikgu pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa orang uyang meninggal tiba-tiba itu adalah orang yang mendapat rahmat daripada Allah.Cikgu berdoa ayah dan ibu cikgu juga mendapat rahmat yang sama,”kata Cikgu Rosnah.
“Ada banyak buku yang boleh Rizal baca supaya jiwa dan perasaan Rizal kuat menghadapi dugaan hidup”.Nasihat Cikgu Rosnah.
Buku-buku agama yang diberi oleh Cikgu Rosnah dipinjam.Selepas mengulang kaji pelajarannya, Rizal ambil masa untuk membaca buku-buku aga itu.Rizal tertarik dengan sebuah buku yang dibacanya.
“Si bapa akan kaya di dalam kubur hasil pahala sedekah bacaan al-Quran anaknya.”Rizal membaca ayat itu berhati-hati.Dia berasa gembira kerana setiap malam dia menghadiahkan bacaan Yasin kepada ibu, ayah dan adik-adiknya.rizal beraam menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan hidupnya.Hanya itu hadiah buat mereka.
Selepas Mak Su Lina kembali ke Universiti Malaya, Rizal kesunyian.Neneklah yang mejadi teman setianya.Tinggal beberapa bulan saja lagi dia bakal menduduki peperiksaan UPSR.Rizal seorang murid yang rajin.Rizal mengambil kesempatan bangun pada pukul 3.00 pagi setiap malam untuk mengulang kaji pelajarannya.Ketika itu juga neneknya akan bangun untuk solat tahajud.
Esok, sambutan hari guru peringkat sekolah Rizal.Rizal terfikir-fikir hadiah apakah yang akan diberi kepada cikgu kesayanganya,Cikgu Rosnah.Dia membelek-belek tabungnya.tabung itu sudah hampir penuh.Setiap kali nenek memberi duit belanja sekolah, dia akan menyimpan 50 sen ke dalam tabung.Rizal memang seorang yang berjimat cermat.
Suatu hari, Rizal teringat sebuah buku agama yang dipinjam daripada Cikgu Rosnah.Ayat dalam buku itu menyatakan mengenai amalan seseorang yang meninggal akan terputus kecuali tiga perkata iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan.        
Rizal termenung. Dia ingin membantu arwah ibu,ayah dan adik-adiknya.hanya dia yang masih hidup dan dapat membanru mereka dengan doanya, membaca al-Quran dan sedekah yang diniatkan pahala untuk disampaikan kepada arwah ayah,ibu dan adik-adiknya. Tiba-tiba,dia terpandang sejadah peninggalan arwah ibunya. Sejadah itu,menurut kata ibunya adalah pemberian hadiah pemberian ayahnya ketika mereka mula berkahwin dahulu. Walaupun usia sejadah itu hampir 13 tahun,namun ia masih baharu. Sejadah itulah yang selalu digunakan oleh Rizal ketika solat.
Bab 5
Pagi 16 Mei itu,semua guru di sekolah Rizal itu kelihatan ceria sekali. Hari itu mereka akan diraikan oleh murid-murid. Rizal memegang bungkusan hadiah yang dibawanya. Dia mencari-cari Cikgu Rosnah. Rizal menghampiri menghampiri Cikgu Rosnah yang sedang berbual-bual dengan Cikgu Aina.
“Cikgu, terimalah hadiah daripada saya yang tidak seberapa ini,” kata Rizal sambil menghulurkan bungkusan hadiah yang dibawanya. Cikgu Rosnah tersenyum.
“Terima kasih, Rizal,”jawabnya.
“Cikgu buka kat rumah,tau!”kata Rizal sambil beredar ke kelasnya.
Petang itu, Cikgu Rosnah membuka bungkusan hadiah yang diberi oleh Rizal.Dia terpaku melihat sehelai sejadah yang cantik berwarna unggu.Ada sekeping kad di bawah lipatannya.Cikgu Rosnah membuka dan membaca isi kandungannya.Rupa-rupanya sejadah itu adalah peninggalan ibu Rizal kepada Rizal.Rizal ada sehelai sejadah lagi pemberian ayahnya.
Beberapa titisan air mata Cikgu Rosnah mengalir dipipinya.Hadiah itu sangat bernilai.Dia juga sungguh terharu membaca surat Rizal.Murid itu ternyata sangat murni hatinya.Semenjak hari itu, hubungan Cikgu Rosnah menjadi semakin rapat.Rizal telah menganggap Cikgu Rosnah saudaranya sendiri.
“Selamat menjawab Rizal, hati-hati baca soala, cikgu doakan awak lulus cemerlang.”Cikgu Rosnah memberi semangat kepada Rizal sebelum dia melangkah masuk ke dewan peperiksaan pada pagi yang bersejarah itu.
“Terima kasih cikgu,”balas Rizal sambil tersenyum.
Akhirnya Rizal selesai menduduki peperiksaan UPSR.Tiga bulan kemudian, ketika keputusan peperiksaan UPSR diumumkan, Rizal adalah antara murid mendapat 5A.Dia amat gembira seklai.Dia tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu kepada nenek.Air matanya tiba-tiba mengalir.Alangkah gembiranya kalau ayah, ibu dan adik-adik ada.Hatinya berkata sendiri.
“Tahniah RIzal,”suara Cikgu Rosnah mengejutkan lamunannya.
“Terima kasih cikgu.Cikgu banyak membantu saya.Kalau tidak kerana cikgu dan cikgu-cikgu yang lain di sekolah ini, saya mungkin tidak dapat keputusan sebaik ini.”kata Rizal.Cikgu Rosnah mengusap-usap kepala Rizal.Dia bangga mempunyai seorang murid seperti Rizal yang sangat berbudi bahasa dan murni hatinya.
Kegigihan Rizal belajar dan mengulangkaji pelajaran sudah terbalas dengan kejayaaanya.Dia bercadang menyambung pelajarannya.Dia hendak belajara di sekolah agama.Dia mahu mendalami ilmu agam dan menjadi anak soleh untuk ayah dan ibuny.Pada hari ini juga dia membawa sehelai sejadah lagi untuk diwakafkan di surau sekolahnya.Azamnya mahu menghadiahkan seberapa banyak pahala buat ibu, ayah dan adik-adiknya.Sungguh murni hatinya.Usaha Rizal pasti berjaya kerana bak kata pepatah,”Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.






No comments:

Post a Comment