Hari ini tiada apa yang menarik, Pagi
ini begitu liat sekali saya hendak bangun sendiri kemungkinan sudah beberapa
hari saya dibangunkan oleh Akmal. Tetapi
saya gagahkan juga. Keletihan minggu ini begitu terasa dan masih belum
hilang.
Dengan langkah yang
tidak bersemangat saya perlu juga ke kelas.
Waktu pertama kami ialah Fizik.
Hari ini kami terpaksa mengikuti post test. Setelah itu kelas Mathematic dan Kimia. Semasa
kelas Kimia hari ini, kami tidak belajar. Cikgu Mad Nor telah mengambil kesempatan membincangkan topik tentang saya dan bergurau dengan saya. Saya tahu Cikgu Mad Nor memang suka
mengalan-alan dan bergurau dengan saya. Saya tak kisah sangat kerana dengan inilah, ukhuwah saya makin rapat dengan cikgu Mad Nor
Berbagai-bagai cikgu cerita pasal saya. Kebetulan pula kaki saya kena cagu dan telah
tercedera ketika acara tarik tali dan bermain raghbi, cikgu telah
menakut-nakutkan saya. Hampir selama sejam ini, hampir semua topik pasal
saya. Selepas itu,, saya telah pergi ke
PK dan Afiq telah menemani saya. Saya
dan Afiq dibawa oleh Cikgu Aisyah untuk ke PK.
Semasa di PK juga doktor telah membuatkan saya takut kerana memberitahu
untuk baik saya perlu membuang kuku.
Saya tidak mahu kerana saya fikir saya akan bersama ibu dan ayah jika
perlu berbuat begitu. Memandangkan
minggu ini kami dibernarkan pulang, saya akan ke klinik di kampung saya sahaja
untuk mendapatkan rawatan.
Pulang
dari PK, saya telah makan dan bersiap
untuk ke solat Jumaat. Saya begitu
gembira kerana petang ini saya akan pulang ke kampung dan tahun ini sekali lagi
dapat bersama-sama ibu dan ayah menyambut hari kelahiran saya nanti pada 1
Mei,Ahad ini.